Wednesday, 11 July 2012

REFLEKSI 4

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia.

Berdasarkan post saya mengenai refleksi 1,saya ada menyebutkan tentang kecerdasan intelek dan emosi.Intelek dan emosi mestilah seiring kerana  manusia yang cemerlang ialah  apabila kecerdasan intelek dan emosi seiring dan sejalan dalam menguruskan kehidupan seharian.Namun demikian, kecerdasan Intelek dan kecerdasan Emosi terdapat perbezaannya.
Dibawah ini merupakan jadual PERBEZAAN CIRI-CIRI KECERDASAN INTELEK DAN KECERDASAN EMOSI.


CIRI-CIRI KECERDASAN INTELEK
CIRI-CIRI KECERDASAN EMOSI
Kecerdasan intelek merupakan potensi yang diwarisi daripada keturunan dan tidak dipengaruhi oleh faktor persekitaran.
Kecerdasan  emosi adalah diwarisi daripada keturunan dan dipengaruhi oleh budaya manusia.
Setiap  individu mempunyai kecerdasan intelek yang tertentu dan tidak berubah.
Setiap individu mempunyai kecerdasan emosi yang boleh berubah.
Kecerdasan intelek boleh diukur berdasarkan darjah kecerdasan (Intellgient Quotient :IQ)
Kecerdasan emosi voleh dinilai berdasarkan inventori kompetensi kecerdasan emosi.
Kecerdasan Intelek adalah sesuai digunakan untuk menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran,menyelesaikan masalah, menilai dan mencipta.
Kecerdasan emosi sesuai digunakan untuk menguasai kemahiran intrapersonal dan interpersonal termasuk kemahiran sosial.
Kecerdasan Intelek adalah berkait rapat dengan kemahiran berfikir.
Kecerdasan emosi adalah berkait rapat dengan kemahiran belajar.


Kesimpulannya apa yang saya ingin simpulkan di sini bahawa selaras dengan Matlamat  Negara adalah melahirkan rakyat atau manusia yang sempurna dan mempunyai nilai-nilai murni yang baik dan bagi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang kedua-dua kecerdasan ini perlulah ada pada diri kita semua.


No comments:

Post a Comment