Berdasarkan post saya mengenai refleksi 1,saya ada menyebutkan tentang kecerdasan intelek dan emosi.Intelek dan emosi mestilah seiring kerana manusia yang cemerlang ialah apabila kecerdasan intelek dan emosi seiring dan sejalan dalam menguruskan kehidupan seharian.Namun demikian, kecerdasan Intelek dan kecerdasan Emosi terdapat perbezaannya.
Dibawah ini merupakan jadual PERBEZAAN CIRI-CIRI KECERDASAN INTELEK DAN KECERDASAN EMOSI.
CIRI-CIRI
KECERDASAN INTELEK
|
CIRI-CIRI
KECERDASAN EMOSI
|
Kecerdasan
intelek merupakan potensi yang diwarisi daripada keturunan dan tidak
dipengaruhi oleh faktor persekitaran.
|
Kecerdasan emosi adalah diwarisi daripada keturunan dan
dipengaruhi oleh budaya manusia.
|
Setiap individu mempunyai kecerdasan intelek yang
tertentu dan tidak berubah.
|
Setiap individu mempunyai kecerdasan emosi yang boleh berubah.
|
Kecerdasan
intelek boleh diukur berdasarkan darjah kecerdasan (Intellgient Quotient :IQ)
|
Kecerdasan emosi voleh dinilai
berdasarkan inventori kompetensi kecerdasan emosi.
|
Kecerdasan
Intelek adalah sesuai digunakan untuk menguasai ilmu pengetahuan dan
kemahiran,menyelesaikan masalah, menilai dan mencipta.
|
Kecerdasan emosi sesuai digunakan untuk menguasai kemahiran
intrapersonal dan interpersonal termasuk kemahiran sosial.
|
Kecerdasan
Intelek adalah berkait rapat dengan kemahiran berfikir.
|
Kecerdasan emosi adalah berkait rapat
dengan kemahiran belajar.
|
Kesimpulannya apa yang saya ingin simpulkan di sini bahawa selaras dengan Matlamat Negara adalah melahirkan rakyat atau manusia yang sempurna dan mempunyai nilai-nilai murni yang baik dan bagi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang kedua-dua kecerdasan ini perlulah ada pada diri kita semua.