http://www.youtube.com/watch?v=k3sZymCtobs
Link diatas merupakan klip video yang telah saya pilih ianya menceritakan tentang kisah seorang anak terhadap bapanya yang sakit. Tetapi bapa tersebut boleh dibawa pulang dari hospital.Namun menantu dan anak perempuannya tidak suka bapanya tinggal bersama mereka.Mereka lebih suka bapanya tinggal di hospital berbanding tinggal bersama mereka.Sehinggalah satu tahap mereka mengasingkan meja makan mereka dengan bapa mereka dengan membiarkan bapa mereka makan diluar ibarat seperti kucing.
Namun
pada suatu hari,anak-anak mereka bermain pondok-pondok dan tiba-tiba anak-anak
mereka lakonkan balik apa yang telah ibubapa mereka buat terhadap datuk mereka. Akhirnya anak perempuannya dan menantunya
nampak akan perbuatan anak-anak mereka dan sedar serta insaf terhadap apa yang mereka lakukan
terhadap bapa mereka.Selepas itu,anak perempuannya pun meminta maaf kepada
bapanya kerana mengabaikan tanggungjawab sebagai anak kepada bapanya dan bapa itu
maafkan kesalahan anaknya.
Melalui pemerhatian saya, saya telah menfokuskan satu slot dalam kecerdasan emosi iaitu EQ.Hal ini demikian kerana emosi bapa yang dimainkan dalam watak tersebut adalah terkilan,sedih dan kecewa sikap
yang ditunjukkan anak perempuan dan menantu beliau.Hal ini demikian kerana tingkah
laku yang telah diperakukan terhadap bapa mereka telah menunjukkan emosi-emosi
positif dan negative dalam diri watak-watak tersebut. Sebagai contoh watak
dalam emosi menantu. Dia berasa berang apabila bapa mentua tinggal bersama-sama
mereka.Oleh itu di sini dapat dilihat watak yang ditunjukkan tidak dapat mengawal emosi dengan baik, tidak
mampu mengenali perasaan kita sendiri dan perasaan orang lain, serta tidak
dapat memotivasikan diri sendiri dan kemampuan mengelola emosi secara tepat.
No comments:
Post a Comment