Friday, 19 October 2012

Bedah Buku.

Kecerdasan Emosi



Berdasarkan buku yang telah saya kaji, terdapat saya simpulkan serba sedikit apa yang telah saya dapat berdasarkan buku tersebut. Banyak maklumat yang telah saya dapat berdasarkan apa yang telah baca dan fahami. Pertama , konsep kecerdasan emosi (EQ). Kedua, ciri-ciri EQ. Ketiga, Kepentingan EQ dalam kehidupan seharian kita. Keempat kompetensi kecerdasan emosi.

Selain itu dalam buku yang telah saya rujuk terdapat beberapa ciri-ciri EQ. Antaranya ialah :

·         Kebolehan mengetahui emosi sendiri
·          Kebolehan dalam pengurusan emosi
·         Kemahiran meningkatkan motivasi diri
·         Kebolehan mengawal emosi orang lain
·         Kebolehan menjalinkan persaudaraan.

Tambahan lagi, saya juga mendapati dalam buku tersebut terdapat  empat kepentingan Emotional Quotient (EQ) atau kecerdasan emosi yang perlu ada dalam kehidupan  seharian kita. Aspek-aspek berikut adalah  seperti berikut :
•       Kesedaran kendiri
   Mengendalikan emosi
   Empati
   Kemahiran bersosial

     Kesedaran Kendiri
    Kesedaran kendiri ialah kebolehan mengenal pasti, mengakui dan mengiktiraf perasaan dan memahami mengapa perasaan itu wujud. Tanpa kesedaran kendiri, bermakna individu itu boleh bertindak balas dengan persekitaran tetapi tidak mampu membina makna hasil daripada tindakan dan reaksi itu. 
Mengendalikan Emosi
Kemahiran mengendalikan emosi adalah salah satu elemen penting dalam menentukan kejayaan dalam kehidupan. Perasaan seperti tertekan, murung, dan sedih harus dikendalikan dan diuruskan dengan bijaksana terutamanya ketika  berdepan dengan pelbagai masalah dan tekanan emosi yang dialami.
Empati
Empati ialah kebolehan menyedari dan memahami perasaan orang lain. Ini bermakna, individu yang mempunyai empati, dapat mengenali dan memahami perasaan orang lain sama ada dinyatakan oleh orang itu ataupun tidak. Integrasi antara komunikasi verbal dan non-verbal dengan persekitaran dan situasi adalah kaedah yang digunakan bagi menerbitkan empati dalam diri kita.
Kemahiran  bersosial
Kesedaran kendiri, mengendali emosi, empati, pemantauan diri, dan penentuan matlamat akademik dan diri adalah elemen yang menjadi penggerak dalam membangun dan membina kemahiran bersosial dalam diri individu.


Begitulah serba sedikit isi-isi yang telah saya kaji terhadap buku yang telah saya pilih. Sesungguhnya buku ini banyak manfaat seterusnya membantu saya dalam mengendalikan dan mengawal emosi dengan baik dalam diri saya.
      Sekian..



Video Terpilih.

 Tajuk : "Hargai Bapa Kita"

http://www.youtube.com/watch?v=k3sZymCtobs

Link diatas merupakan klip video yang telah saya pilih ianya menceritakan tentang kisah seorang anak terhadap bapanya yang sakit. Tetapi bapa tersebut boleh dibawa pulang dari hospital.Namun menantu dan anak perempuannya  tidak suka bapanya tinggal bersama mereka.Mereka lebih suka bapanya tinggal di hospital berbanding tinggal bersama mereka.Sehinggalah satu tahap mereka mengasingkan meja makan mereka dengan  bapa mereka dengan membiarkan  bapa mereka makan diluar ibarat seperti kucing.
Namun pada suatu hari,anak-anak mereka bermain pondok-pondok dan tiba-tiba anak-anak mereka lakonkan balik apa yang telah ibubapa mereka buat terhadap datuk mereka.  Akhirnya anak perempuannya dan menantunya nampak akan perbuatan anak-anak mereka dan sedar  serta insaf terhadap apa yang mereka lakukan terhadap bapa mereka.Selepas itu,anak perempuannya pun meminta maaf kepada bapanya kerana mengabaikan tanggungjawab sebagai anak kepada bapanya dan bapa itu maafkan kesalahan anaknya.

Melalui pemerhatian saya, saya telah menfokuskan satu slot dalam kecerdasan emosi iaitu EQ.Hal ini demikian kerana emosi bapa yang dimainkan dalam watak tersebut adalah terkilan,sedih dan kecewa sikap yang ditunjukkan anak perempuan dan menantu beliau.Hal ini demikian kerana tingkah laku yang telah diperakukan terhadap bapa mereka telah menunjukkan emosi-emosi positif dan negative dalam diri watak-watak tersebut. Sebagai contoh watak dalam emosi menantu. Dia berasa berang apabila bapa mentua tinggal bersama-sama mereka.Oleh itu di sini dapat dilihat watak yang ditunjukkan  tidak dapat mengawal emosi dengan baik, tidak mampu mengenali perasaan kita sendiri dan perasaan orang lain, serta tidak dapat memotivasikan diri sendiri dan kemampuan mengelola emosi secara tepat.