
JENIS-JENIS EMOSI
Berdasarkan refleksi minggu - minggu yang lepas,saya banyak menceritakan tentang apakah itu emosi,apakah itu kecerdasan emosi,ape itu EQ,SQ dan IQ,dan apakah perbezaan antara ciri-ciri kecerdasan intelektual dan emosi.
Namun, pada refleksi ke-5 ni saya ingin menceritakan jenis-jenis emosi.
Emosi boleh dibahagikan kepada dua iaitu:
1) Emosi Positif
2)Emosi Negatif.
Apakah yang dimaksudkan dengan Emosi Positif??????????
Sebarang emosi yang boleh membawa perasaan gembira dan optimistik Contohnya seperti cinta, keyakinan, sanjungan, penghormatan, kebanggaan, kepuasan, bertangungjawab dan sebagainya.
Emosi positif sangat penting kepada individu yang mengalami tekanan seperti pesakit atau sesiapa sahaja yang mempunyai tekanan hidup.
Antara emosi-emosi positif:
a) Gembira
Emosi gembira disini bermaksud ape yang kite lakukan atau yang kita inginkan kita dapat.Contohnya berjaya dalam sesuatu pekerjaan yang kita buat,terasa dihargai oleh orang lain,puas hati,senang hati,girang
b) Terpesona
Contoh:perasaan tertarik hati,terpikat
c) Cinta
Contoh: wujudnya perasaan kasih sayang.
d) Bangga
Contoh : berasa megah dengan sesuatu perkara atau pencapaian.
Apakah yang dimaksudkan dengan emosi negatif??????
Emosi negatif ialah sebarang perasaan yang membawa perasaan yang tidak baik atau kurang selesa
Antara emosi - emosi negatif :
a) Marah
Contoh: perasaan tak puas hati,bengang
b) Takut
Contoh : perasaan bimbang atau ragu-ragu atau tidak berani menghadapi cabaran.
c) Bersalah
Contoh: Perasaan ini wujud apabila kita rasa membuat sesuatu yang tidak betul seperti melanggar peraturan.
d) Cemburu
Contoh: iri hati,dengki, rasa terancam.
e) Sedih
Contoh:Hiba,berduka cita.
KESAN-KESAN EMOSI TERHADAP TINGKAH LAKU & PEMIKIRAN MANUSIA
Sebenarnya apa-apa emosi yang kite lakukan akan diikuti kesan dan akibatnya.Cuma yang membezakan kesan itu sama ada positif atau negatif.Sebagai contoh kita melanggar peraturan sekolah,semestinya emosi kita akan berasa takut dan bimbang terhadap tingkah laku yang kita lakukan serta pemikiran manusia di sekeliling akan memandang serong kepada kita, jadi ape yang ingin ditekankan disini otak dan emosi memainkan peranan yang sangat penting dan ianya akan bertindak balas kepada perbuatan/tingkah laku dan seterusnya menghasilkan sama ada kesan positif atau negatif.
Kesimpulannya berdasarkan refleksi minggu ni,kite mestilah pandai untuk mengawal emosi terhadap dalam diri kita kerana setiap emosi yang kita lakuakn akan diikuti kesan atau akibat.
"ANDA FIKIR,ANDA LAKUKAN"